MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Wednesday, December 29, 2010

girls, keeper malaysia, KFCM a.k.a apex is already taken. ;)



in da name of Allah da most gracious and da most merciful.



http://jejariruncing.blogspot.com

amaigad.orang darah tinggi memang tak boleh bacalah kan.

manis gila. ^___________^

*oh.tapi maybe aku yang baru baca blog dia.org lain dah berkurun dah.haha*

to be truth, aku tak pernah follow up pasal pemain bola malaysia,heheh.
takat tahu sikit-sikit pasal kembar, amri yahya tu adalah kot.
plus rajagopal.

kenal kfcm pun lepas tengok kelantan main baru-baru ni.
i find out dat he has kinda great attitude.untung eila.



ohhhh.jealous betul tgk org berchenta dgn sports player ni.


anyway, tahniah malaysia! alhamdulillah.
hmmm.harimau baham garuda penyet ye.

best tengok bola, bila semua orang kaum kerabat jiran tetangga, jerit goal sama-sama padahal tengok tv lain-lain.



haha.yang ni dapat dari oh media! ;)





apex lepak je kena laser malam tadi.kalau m
arcus yang kena?
hmm.kitorang satu family rasa, kalo bagi best player tu kt apex pun okay jugak.




berdebar-debarlah weyh.cuak!


in da name of Allah da most gracious and da most merciful


nampak sangat aku dah bengong.

cuba bagitahu,
camne aku boleh dial number cikgu tu padahal credit tinggal 20 sen je??


huh.kan dah malu.

susahnya dapat mandat untuk lead sumthing bila diri sendiri pun tak boleh nak control lagi..sob3


UPDATED : okay.ni lagi codo.baru realize yang aku salah update blog. i dunno apa yang tak kena harini.sigghhh.maybe sumone patut lempang aku laju-laju, 180 km/j.





uhh.layout baru blog ni bersepah-sepah.mungkin patut upah Eric Leong untuk decorate balik.













Tuesday, December 28, 2010

doing dota for living?




da truth is, aku tak suka letak gambar telur ni sebenarnya.nanti aku dah tak berani pegang telur ayam.hoho


ohhh.gua baru je tahu.lagu Stop For A Minute tu,rupa-rupanya lagu PES 2011. lagu tu, adik VI yang dedicate kat faci dulu.ahah.gua bet budak tu mesti kaki PES.haha

boleh tahan loser gak gua sebenarnya.PES tu hapekebenda pun gua tak tahu.dota lagilah haram jadah,tengok orang main depan-depan pun tak pernah.haha. bukan tak nak main,teringin nak main.tapi, takde orang nak ajak main.nak ajar main lagilah jauh ponggong panggang dari api.ada ke budak perempuan ayu macam gua main PES dgn dota?


kalau um kenalkan dota and PES as one of university subject, haaaaaaiiiiiiiiiisssssssssssyyyyyyyyyyyyyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
lagi berebut lah orang nak daftar.class english pun boleh full untuk register in three hours.
dota? half an hour pun tak sampai kot bhai. -.-'

and gua betul-betul tak faham,macammana plan gua untuk siapkan kertas kerja since awal pagi,turns out to be, gua camping depan laptop sambil layan Bagaimana Aku Bertemu Ibumu,plus facebooking plus blogging sampai petang.itupun, nasib baik tak sleeping.*sigh.

dat is wat we called as takdir,rite? gua cuma boleh plan.Dia yang tentukan.
okay.now.enough.got lot of things to be done. shopping.reading. hmm,dah lama tak blogwalking. *see, i always know how to waste my time to da fullest.


there's always room for improvement before u reach perfection

toodles!




macam taik mengada-ngada nak colour rainbow. i tell u ahh, i hate updating my blog while there's someone sitting or standing next to me. even though if those people pandang sebelah mata pun tak or even dat sumbody can't read, still... malulahhhhh! *muka mintak penyepak*


UPDATED VERSION : mula-mula tulisan kat atas ni warna-warni, just like rainbow. tapi last-last gua tukar jadi hitam balik.serabutlah banyak-banyak warna!

Friday, December 24, 2010

hmm, sugar daddy, anyone?





ahah.tiga hari tiga malam yang hebat.ini serius.bukan cobaan.





here we go, cuti-cuti Malaysia edisi sekolah rendah..
jadi tourist guide kat muzium negara. *berusaha untuk jwb kuiz,nak hadiah basikal!*
lunch kat Restoran Warisan, Dataran Merdeka.
again, tourist guide kat Petrosains. *masuk via pintu office, tak naik Dark Ride, special kan? special okay, bukan spesial.*
dinner kat Restoran Nelayan, Titiwangsa.
sesi muhasabah diri bersama fasi terlampau.
lunch kat Restoran Puteri, Ttdi.
kayak berjemaah at tasik varsity. *bak kata maaz, kategori langgar2 + couple seat.haha
kayak karam. *cess.bukan karam.kena terbalikkan adalah. nway.nice! basah lencun, balik college jalan kaki. =))
sesi bergonjeng dengan duit elaun at Lembah Tengah.
dinner tepi "sungai" mid valley.
sesi model gambar terlampau.
bersama-sama Kak Limah balik rumah. *okay.aku tido dalam wayang. -.-'
balik um, pertandingan siapa zzzZzzZzzZzzZzzZz paling lama. tee hee

sangat seronok okayy! sayang kau orang! *tangan di dada.mata ke atas. HA HA.

thnx everyone! kinda great experience fer me. =')




psstttt..best hidup ditaja macam ni even 3 hari 3 malam je.ada berani? cubalah! haha
patutlah member-member artis aku dulu, banyak simpan sugar daddy.


ada siapa-siapa ada borang nak apply sugar daddy? gua nak mintak satu.satu pun cukuplah.








gua ingat gua dah cukup tinggi.tapi, rupanya ada budak darjah 6 lagi tinggi dari gua.cess.diorang membesar makan apa? *sigh.dukacita.



**********************************


berminat untuk mendapatkan facilitator untuk program motivasi dan seumpamanya? hubungi Kelab Fasilitator KUAZ di Facebook. ;)


Saturday, December 11, 2010

I just haven't met you yet.






See u in that wedding dress. ;)



































haha. ingat ni facebook or twitter? main aci redah update satu baris je. apeapeajelaa.

haram jadah.aku tak tahu nak update apa. *putus fius*


takde apa.saja nak suruh korang dengar lagu Wedding Dress yang Nik Irfan nyanyi.




When we wanna talk to Allah, we pray and say prayers.
When we wanna hear Allah talk to us, we read the Quran.

Tuesday, December 7, 2010

Kisah Kita.

in da name of Allah da most gracious and da most merciful.


Laju lagi K.mana boleh macam ni.belum habis satu round pun lagi.dahlah banyak jalan je dari tadi.Bontot berat betul.


Tasik Titiwangsa.7 pagi.

Angin apa entah yang bawak dia sampai sana.Azam baru maal hijrah kot.Berubah untuk lebih baik.

Earphone di telinga dibetulkan posisi. Lagu Elevator - David Archuleta ikut jogging sama. Diulang banyak kali, selagi telinga tak naik kematu.

Alaa.Rugi tak bawak air tadi. Two thumbs up. Padan muka kau. Kan dah tercungap-cungap macam ikan mintak nyawa. Ikut sangat hati. Malas. Bajet gagahlah boleh jogging tak minum air. Ingat kau ratu pecut negara? Ratu pancit bolehlah.heh.

K terus berlari, sambil mata usha-usha bangku kosong sekitar taman.

Argh.bangku mana bangku? Diorang ni pun, buatlah bangku tu banyak sikit. Semua dah penuh ni. Habis dah couple bermanja-manja conquer. Cess.buat exercise meraba-rabalah tu.

Mata K sambung mengusha.kalau dapat usha mamat hemsem badan macam Arnold Susahnakeja tu, kira package lah kan.

Ahah.Yes. Ada bangku kosong. Yeah babeh. Dun u dare nak rebut-rebut bangku I.

Langkah K makin laju. Sampai kat bangku, terus direbahkan bontot atas lapik kayu bangku tersebut.

Alhamdulillah.dapat jugak duduk.kaki aku dah naik kebas dah ni. Kalo aku pengsan tadi, naya lah orang-orang kat tasik ni.hahaha.

K tunduk memandang hp, melihat list mp3 sambil tangan menarik semula selendang yang terselak tadi menutupi dada semula.

"Hye sorang je?" K lipat maut memandang manusia di sebelahnya.

Ommo! Mamat ni jatuh dari langit ke apa.

"Sorry, my mom once told me, never talk to stranger."

K terus berdiri, memulakan rentak jogging seiring dengan lagu Stranger - Secondhand Serenade yang mula bermain di telinga.

To be continued.

***

p/s. Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik,
sorry, tak payah nak.. i follow u, follow me back sangatlah kat dunia blog ni. I tak suka kena paksa-paksa okay! According to law, there's no free consent here. hmm.lagi kena paksa, lagi orang tak suka taw, awak. sorry, mulut saya memang mcm longkang sikit 2, 3 minggu ni. tee hee


Salam Maal Hijrah =)


Tuesday, November 30, 2010

masa kecik-kecik dulu kan...



AMARAN : Entry kali ni, lelaki dinasihatkan untuk terus klik kotak merah kat sudut sebelah kanan sebab aku tahu korang akan buhsan baca entry ditulis oleh perempuan beremosi tinggi macam ni.haha.*okay.ini serius.jangan buat main-main.





From left : Hantu, aku, lanun. *lanun fake giler kan? tak pandai tiru aku nangis! haha.
p/s. farell.gamba dengan ko semua ada dalam hp lama akulah wei.erk.hp tu.kat rumah.


Dear Farell + Lanun,



hmmm.musim-musim mengawan exam macam ni, tiba-tiba aku noticed banyak benda pasal diri sendiri.cess.stalk diri sendiri.tak malu!

aku rasa, dua tahun berlalu, banyak benda yang tak berubah.
esok exam.i mean, final exam, subject law.tapi.entahlah.aku still macam dulu.mesti ketinggalan.orang lain dah nak khatam.aku baru nak bermula.senang cerita, if there are 10 chapters, orang lain dah naik level 6 atau 7, tapi aku baru tergedik-gedik kat level 2.sama macam dulu kan, malam yang esoknya nak spm, aku baru sibuk nak habiskan baca sejarah.itupun start pukul 2 pagi sebab aku sibuk nak tidur dulu. =.='

time-time exam ni gak, ramai member-member aku study kat library.farell, ko ingat tak masa aku sms ko jumaat lepas, kata aku buhsan duk library? haha.sekali tu jelaa pun aku pergi library kali ni.lepas tu, aku dah start pegang white flag.secara rasmi, dua tahun duduk um, tu kali kedua aku pergi library untuk study.hmm.still sama macam dulu, masa study-studo dengan korang.tak reti nak duduk library.aku senang giler distracted.tak boleh tengok orang lalu-lalang.macam-macam aku nak tengok.erk.agaknya, semut lalu pun aku boleh detect.

lanun.sampai sekarang.aku still suka mandi lama-lama.buat toilet tu macam aku punya.just kali ni, aku tak buatlah kerja-kerja tampal notis kat toilet favourite tu lagi. "KALAU TAK RETI FLUSH JANGAN BERAK KAT SINI.TERIMA KASIH." haha. erk.plus, aku tak buat dah kerja mandi ais time-time bulan puasa. but still, if buat competition siapa mandi paling cepat, confirm im gonna be da biggest loser.woohoo!


pastu.aku suka solat maghrib di akhir waktu, pastu keep pakai telekung sampai masuk waktu isya'.*okay.,yang ni buruk perangai. tini kata, telekung tu dah macam uniform aku.haha. hmm.macam dulu kan? tak reti-reti nak turun surau awal.bezanya, sekarang tak ada jaksa, nak amek nama.tee hee. tapi, tulah.dari dulu dah biasa macam tu kan.dari maghrib sampai isya pakai telekung je.sebab tu dah tak kisah.

wei korang.tadi aku revised usulludin dengan akak bilik aku..woohoo! rindu nak study syariah dowh.suka belajar syariah.ceyh.subject apa je aku tak suka dulu? haha. tapi tadi lepas study law(sedikit sahaja tapi dah rasa banyak), aku rasa pening kepala.tini kata aku tak sesuai ambil course yang banyak baca, lagi sesuai banyak kira-kira. erk.kiranya, aku tak tersalah amek course lah ni kan? nasib baik tak amek law kan dulu.


one more thing yang obviously still tak berubah.aku tetap boros! haha. minggu ni je,patut mula-mula ada rm100.tapi belum masuk selasa, duit tu tinggal rm50 je. :"3


hmmm.lagi satu.aku rasa, aku still tak boleh terima lelaki dari negeri tut.aku rasa macam diorang semua sama je.sorry, tapi aku geli. again.sorry.

pastu.aku still suka kacau orang time study.haha. time-time study plaklah gatal nak share cerita-cerita dalam kain.hoho contohnya, macam yang jadi dengan keli baru ni. dengan rumate pun dah pandai buat macam tu skrg ni. =p

dan lagi.kat sini.aku ada mutiara hati jugak.kalau dulu, sorang je, sekarang? ada empat setengah. bahahaa. pandai-pandai lah korang nak tafsir macam mana yang lagi setengah tu.yang pasti.tetap ada sorang from penang. aisyh.tak paham betul.orang penang pandai menggoda eh?


tengok.sama macam dulu kan? banyak lagi ni.tapi dah nak kena stop ni.sekarang dah maghrib.


erk.erk.tapikan.tapikan.sekarang ni.tiap kali ada orang yang baru tahu aku ni, ex-kisas, diorang akan pandang lama kat aku. senang je, aku mesti akan terus cakap, ye.aku tahu.aku tak nampak macam ex-kisas kan? haha.lepas tu diorang mesti senyum je.speechless lagi agaknya.

hmmmm.tu maksudnya, ada lah benda yang dah berubah eh?
aku tak tahu either nak jawab sendiri atau nak suruh kau orang jawabkan.




heh.aku pikirlah sendiri!
salam sayang gedik-gedik manja sampai boleh buat korang muntah! hakktuiiii.
haa.amek sikit air liur aku ni, calit kat dagu.boleh jadi minyak dagu.biar kau orang rindu aku.bahahaha

Sunday, November 28, 2010

hmm.belum ada yang cinta.


in da name of Allah da most gracious and da most merciful






sebulan tak update blog.woohoo! heh.boleh tahan loser gak aku.

hmm.keli share dekat fb.tiba-tiba rasa nak share dekat sini.cess.codo.nampak sangat takde bahan nak update blog. HA HA.

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya kita dah nak pecah perut…)

Minat - Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 

amacam? tepuk dada.tanya hati.simpan sendiri. dang! tak kuasa aku nak amek tahu.aku nak final exam.kena kejar cita-cita dulu baru kejar cinta.haha. cess.um selalu exam + cuti lambat daripada orang lain. *sigh.


Nabi kita SAW membaca di dalam doanya :

اللهم ارزقنى حبك وحب من احبك وحب مايقربنى الى حبك

واجعل حبك أحب الى من الماء البارد

Yaa Allah anugerahilah aku mencintai Engkau dan mencintai orang yang mencintai Engkau, dan anugerahilah aku kecintaan kepada apa saja yang dapat mendekatkan aku kepada mencintai Engkau, dan jadikanlah kecintaan kepada Engkau sebagai sesuatu yang paling aku cintai daripada (kecintaan kepada) air yang dingin.


esok aku exam,pray fer me.tengs. =)



hmmm.cinta lepas kahwin macam menarik kan?

Friday, October 22, 2010

everytime i try to fly i fall without my wings i feel so small.


we don't grow unless we take risks.



assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


aku pun tak tahu aku nak buat apa dengan blog ni.nak delete? tak boleh2.piece of memory ni.nanti dah beruban, tua, kena tinggal sorang-sorang,anak-anak dah jauh.boleh jugak aku entertain diri sendiri baca cerita karut marut masa zaman muda.so.biarkan jelaa.biarkan si luncai dengan water containernya.lagipun.kan menulis untuk kepuasan diri?

huh.aku tension sebenarnya.sentap plak kena tinggal sorang-sorang ni.woi.nak sEpak ke sepak? apa jadah nak sentap.kan ko yang tak nak pergi.tulah.buat sibuk dengan meeting.aku rasa macam dah banyak kali je aku terlepas masa nak bergonjeng dengan geng2 mafia tu.semua sebab ada kerja lain nak kena bereskan.terlepas nagalama.melepas sushi king. *sigghhh.


okay serius.aku tak tahu apa yang tak kena dalam hati aku ni.berdebar ada.nak marah pun ada.eyh.mixed together you! lengkap.you demand lah nak apa pun.semua ada. *again.siighhh.

rasa nak marah.malas nak jawab bila ada orang tanya mana kawan-kawan aku pergi.patut ke aku buat notice kat board, tulis

" kawan-kawan.rumet.jiran.akak bilik saya pergi mid valley.buat apa? tengok movie apa? shopping apa? itu saya tak tahu"

demmit.sebenarnya aku jealous tak dapat ikut. *okay.lagi sekali.jom sigh sama2 dengan aku.

rasa berdebar.yang itu aku kurang pasti kenapa.heh.bukannya aku nak pergi jumpa siapa2 pun malam ni.erk.okay.kalau ada pun.ingat sikit.kitorang bukan ada apa-apa pun. gua penat dah nak melayan feel crush2 ni. erk.tapi layan sikit bolehlah.ngee. tapi bak kata jiran aku yang bilik dia arah jam 11 dari pintu bilik aku, perempuan bila buat baik dengan lelaki bukan maksudnya dia nak tackle ke apa.they are just being nice! betul kan? kan? hurm.just kadang2 je statement tu tak boleh apply .tee hee.

pasal meeting.aku pun tak tahu jadi ke tak malam ni. tapi aku tak marah pun pasal tu.serius!
sebab.entah.hati aku macam tak berapa nak ke meeting je.rasa macam ada yang tak kena. heh.memang ada yang tak kena pun.kan korang kan? ikut hati nak je aku tulis sebijik2 apa yang dah jadi.tapi.eyhhh.public ni woi.cuba jadi professional sikit! ikut hati, mati. =)

aku rasa aku dah mencarut banyak je ni.tapi still rasa macam ada benda tersekat.terbuku lagi.keras.payah nak bawak keluar.

aku nak punch bag lah wei! siapa boleh tolong deliver?

heh.rasa nak menangis pun ada.jealous plak dengar orang duk call mak dia sembang macam2.
aku kalo call mak nak cakap apa ek?

"mak.along balik rumah kot esok.boleh mintak tolong abah amek? hehe."

tapi.bila dah sampai rumah.tak terbukak pulak mulut aku nak keluar cerita sepatah-sepatah kata aku join ni.join itu.blabla.aku ada test haritu.tak boleh jawab.sebab lecturer buat kelakar bagi slides yang tak pernah dia ajar last minute before test.blabla.aku main basket.tapi kalah.sakit badan.blabla.

tapi aku rasa aku tahu kenapa jadi macam tu.sebab rumah dekat kan.rasa macam dekat je dengan mak.aku assume mak aku tahulah pulak semua benda jadi without aku bukak hikayat depan dia.=.='

then.dengar cerita kawan-kawan aku rindu nak balik rumah.aku plak yang rasa nak menangis. cess.tak macho langsung!

erk lagi satu sebab aku tak bercerita.sebab aku kesian kat mak kot.penat dengar aku membebel nanti! haha menceceh entah apa-apa. tapi aku rindu nak buat macamtu.dah tiga minggu ni wei tak balik rumah.hebat tak aku?

aku rindu lah nak balik rumah.semua orang ada kt living hall.gelak2 macam ada 10 orang padahal kitorang anak beranak 5 orang je.

wei.apsal mata rasa panas ni? huh.kesat balik!

tapikan.aku rasa macam dah lama gila aku tak marah orang kan.hurm.malam tadi tu kira kejutan lah.rasa macam nak tumbuk je muka dia.kasi tengking naik suara 3.4 oktaf sikit! berparti liar agaknya setan if aku betul2 buat macam tu.

huh.ingat dia je ada perasaan boleh touching2! habistu kitorang ni anak patung lego ke apa,hati plastik? ciss.buang masalah plak aku pk pasal ko.nanti lain hari kita settle eyh.

wei.seronok kan ada abang? okay,serius.aku maksudkan abang lain. ha ha ha.
aku nak abang yang macam abah.erm.abah saya polis.maksudnya dia ganas.tapi brutal2 abah saya.bab rohani tetap maintain.owh,abah saya tinggi.maksud saya.tinggilah daripada saya.abah saya kelakar.pandai amek hati orang.kalau tak, takkanlah sampai nenek saya mengaku abah saya, menantu dia, as anak dia.pastu tak pasal2 mak pulak yang jadi menantu.kesian mak.

tiba-tiba teringat frodo.kau kan yg bagitahu aku dulu, kalau nak kawin, bukan takat kawin dengan keluarga je, tapi kalau ada kucing, dengan kucing2 dia sekali kau kawen. =))

okay.tiba2 aku rindu dengan korang-korang budak-budak blogger.have a nice day yaa!

bajet ada lah pulak orang nak baca apa aku merapu panjang2 ni.tak keysah pun baca ke tak.
aku kuat merapu kan? aku memang macam ni. =.='

aku sebenarnya nak main sesi luah perasaan.tapi aku tahu.semua orang busy sekarang ni.semua ada life masing2! =] nak call.credit dah nak muflis dah.=.=' so, takpelah.aku sembang dengan blog. wei, aku belum bagi nama kan kat ko? aku nak panggil Toi jelaa.ek? macam nama member aku.haha.

adios Toi.aku nak pergi mandi.aku bet meeting memang takde pun malam ni.






siapa suruh kau orang baca? kan dah buang masa. haha.

Thursday, October 21, 2010

hye sayang-sayang.





nak delete.boleh ke?




tee hee.


Thursday, September 9, 2010

anda bijak,anda mengerti.selamat hari raya aidilfitri!

in da name of Allah da most gracious and da most merciful


shrmzb.madhrhhk.drjl.
hahaa.haa.translate lah sendiri.
siapa nak kutuk lukisan aku. kutuklah.aku tahu aku tak terer.art pun dapat c+ je.
lagipun, esok raya.boleh mintak maaf lagi.kan? kan? huh.T.T



hanglizue nak balik melaka.

Wednesday, August 25, 2010

saya rentung.



in da name of Allah da most gracious and da most merciful




3.21 am.esok class pukul 11 am.tapi sibuk nak update blog.
uisyh.mata terbeliak ni haa.apa jadah nak tidur.

semalam firedrill.
lebih tepat, sambutan firedrill yang ke 12 setakat ini!
happy birthday to u.happy birthday to u.selamat ulang tahun sayang!

tapi.boleh kira semalam tu ala2 firedrill yang paling surpriselah.
first time tak tahu menahu ada latihan kebakaran even Keli dah msg tanya,
"apsal ada bomba kat kolej kau dowh?"

5 minit lepas keli tanya, haa.tu dia.loceng panjaannggggg habaq lu.
tapi.1st step kitaorang buat, tutup lampu bilik, sambung on9.
hahaa.bertamadun sungguh kan?

alalaa.kira mintak ampunlah.esok pagi tu ada rumors kata ada test,dahlah kelas start pukul 9.otak serabut alam.siapa pulak lah rajin bebenor nak turun kan pagi-pagi buta tu?

tapi.apakan daya.orang baik tak kata dia baik.tapi nampak sangatlah aku ni memang baik.last-last turun jugak bawah untuk latihan tu.just aku, Amma plus Tita boleh masuk kategori.."eyhh,anak omak rentung aih" turun.tapi after 10 minit loceng bunyi.
*kessiiiannn Amma, niat di hati nak tido 11th college, last2 stuck dgn firedrill.hahaha.

apa-apa pun bai.tiap2 tahun, firedrill memang sumpah kelakar.masa kecik-kecik, zaman muda.first time firedrill, masa darjah satu.cuakkk! rasa nak meleleh ayaq mata.mana taknya, baru bawak pencil case baru yang mak beli kat Melaka kot haritu. =.=' nasib aku tak angkut sekali je pencil case tu pergi berkumpul kat padang. masa form 3, lagi tak senunuh.duk leka pakai bedak,pinkan tudung jalan lenggang mak minah berkumpul.sampai tak sedar, ada member yang lost! tapi.last2.rupanya bomba buat test.main sorok2.aissyhh.

yang pasti.bila usia makin meningkat.peel makin tak senunuh.tapi kali firedrill, soalan wajib every year, "wei, kau nak turun ke?"

^_________^

kita tengoklah tahun depan.entah pergi atau tak firedrill.untung2 dapat skip lagi macam tahun lepas.tee hee. tapi maybe betul kot cakap member2 hotstuff aku. they should make it real! cuba jerit sikit.api! api!! bia riuh rendah sket.baru tak nampak fake! heheh.

takpun.buat announcement gempak2.kasi bakar sikit apa2 barang, biar sampai sensor detect, air pancut dari atas ceiling. then , baru betul, kita lihaatttt, siapa yang kena? ahahahaa. giler apa.=.='

yakin dan pasti.mahu gelabah semua orang.mesti berduyun2 orang nak turun siap lompat tingkap lagi.


tapi.sempat ke nak berpeluang hidup lagi untuk merasa firedrill tahun depan?
itu yang kita tak tahu!



merasa kadang2 abang bomba itu macho,






Tuesday, August 17, 2010

picisan kepala pusing.dong!



in da name of Allah da most gracious and da most merciful



REMINDER : ini post picisan.

kosong.
heh.takdelah jugak.it's more to half empty rather than half filled.eleh.mengarut apa lu bai? bajet ada pemikiran harvard di situ.haha.

entah.wa rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.tapi rasa rugi pulak kalau buat macam tu.bukan ada insuran million lemon pun yang boleh kasi pulang modal dengan buat aktiviti macam tu.paling-paling pun, adalah kot insuran rm1.50 bayar masa sekolah dulu.

argh.rindu sama kau.dia.dan mereka.


betul kata pak mat tempe, bila dah tak ada depan mata, baru kita nak hargai.tapi, nasihat Liza Hanim, Barang Yang Lepas Jangan Dikenang, buat wa rasa makin ensem keliru.

Bila dia dah tak ada, macam..entah.rasa macam hilang satu watak penting.kalau dulu, dia maybe boleh dapat award "orang paling banyak cair taik telinga sebab aku!" haha.tp sekarang,dia dah naik level jd golongan elit.duduk kat nun sana...cyberjaya.tee hee. gua rindu lu lah! serius!

itu baru cerita rindu part 1.argh.bajet macam aku sorang ada feeling.heh.biarlah.bagi chancelah sekali ni!

Dah dua kali ramadhan dekat sini, tapi.memang jauh beza dengan ramadhan dua tahun kat sana.Dulu kerja nak sadai je bila kena paksa buat itu.buat ini.tazkirah itu.tadarus ini.sekarang? toreh dada, tengoklah hati sendiri.hurm.kan wa dah cakap.tak guna nak menyesal nangis ayaq mata darah dah.benda dah jadi kan?

tak sama kan dulu dengan sekarang.kita sekarang dah ada skrip jalan cerita masing-masing.cuma tinggal nak lakonkan je.kuasa kat tangan kita.kalau baik watak kita pilih,baiklah. kalau pilih watak antagonis.dapat "bayaran" lebihlah kita.cuma.minta simpanglah daripada apa yang jadi, memang ditakdirkan Allah untuk lagi menyesatkan hambaNya.

tapi.hidup makin hari, terasa makin banyak obstacles.
macam-macam orang kat dunia ni kan? peradaban manusia makin variasi.
sedih bila tengok adik sekolah menengah, sopan bertudung, tapi bila jalan, seluar senseng sampai lutut.
tapi lagi sedih dengan diri sendiri,yg nampak salah orang, tak sedar cacat cela diri sendiri =.='
sebab tu lah kot tangan burn haritu.hahaha.padan muka!
ini belum bukak cerita pasal apek cina kata kita*Muslim macam tipu diri sendiri, puasa siang hari , tapi malam makan jugak dekat Mapley.
pelik pulak bila duk pk balik, takkanlah apek tu hidup dah almost separuh abad, dgn set mind macam tu.
takkan sebelum ni takde yang pernah explain apa yg patut dkt dia kan?


kadang2, malu sendiri bila igt.wa tak malu buat benda laghah, tapi penakut nak tegakkan benda yang hak.
*sigh.


masih kepala pusing.


Salam Ramadhan Al-mubarak!

islam ini mudah.jangan paksa hati untuk berubah secara mendadak..nanti tak ikhlas. X)

"Jangan suka sangat cari salah orang sebab ada masanya kita kena cover part orang lain dan time tue sabar dan tekun adalah penawar terbaik..."

quote from my ex-classmate yg quote from his senior


terngiang2 plak soalan member, "kenapa dah tak main fb sangat eyh?
"
erk.rasa cam nak terkeluar taik hidung nak jawab soalan tu.hahaa.

entah.ada kot sikit kaitan dengan benda ni.*yang perempuan je boleh tengok.heheh.ambiklah yang mana baik..

kalau dulu tiap2 hari nak update blog.lepas tu, sekali seminggu.now, sebulan sekali.next, setahun sekali? who knows rite? hahaa.

Thursday, July 22, 2010

In a crooked little town, they were lost and never found

in da name of Allah da most gracious and da most merciful.

duhhh.kangen bangat sama abians!


hidup sebagai penuntut.
bangun pagi, pergi kelas pagi.
bangun tengahari, pergi kelas petang.
bangun petang,maksudnya haritu free.

punya kuasa atas diri sendiri,
kalau nak tersadai, pilih jalan hitam.
kalau nak cemerlang gemilang dan terbilang,
argghhhh.lu pikirlah sendiri!! bahahahaa.


orang buta memang hebatkan? lu tak percaya? pergi interview diorang sendiri. =]

Which of your Lord's favours will you deny?

surah Ar-Rahman.

meh habaq sat, kita buat apa dengan dua bijik anak mata?
dah.toksah share sini.simpan jawapan dalam hati.gaaggagaa~ >.<





sumpah malas nak update blog,
busy on-call di bangsar..doktor bangunan wannabe!
waka waka wakakakakaa.



bukan maksudnya bila lu dah masuk universiti, lu dah jadi orang bijak bestari tokoh ilmiah sasterawan negarawan hartawan budayawan karyawan perawan.. hidup kena sentiasa jadi pelajarawan!

heyyyy.layout baru.bia suci bersih macam tuan dia!

Saturday, June 19, 2010

korang rasa korang tahu apa yang aku nak tahu?

in da name of Allah the most gracious and da most merciful

bila cinta ini,
tak lagi bermakna,
yang kurasa kini,
hanyalah nestapa,
meninggalkan cinta..masa lalu.

"bapak aku cakap, lelaki sejati adalah lelaki yang mempertahankan cinta dia."
"tapi bapak aku cakap,tak payah dengar cakap bapak kau."
argh.sudah.aku ingatkan makhluk mana yang main bisik2 sebelah telinga aku.boleh collapse jantung wa cakap lu.
perlahan2, aku pusing kanan.tawakal jelaa.mana taw panggung tu berhantu.maw aku call The Seekers time tu jugak.
last2.rupanya si Lanun Dayah..isk.isk.isk.


HA HA HA.

termasuk rabu minggu lepas, dah dua kali aku pergi tengok LBS. cuma beza latitude and longitude pawagam je.1st kat klcc with Farz+Ipah,and last week kat OU with Farell+Dayah+adeq aku yg kenit itu.

serius aku suka cerita tu.argh.tak kisahlah kau orang nak play tikam-tikam tounge dgn aku ke, ala2 macam Pahlawan pedang Dinasti Chou dulu pun,aku tetap kata cerita tu best!

cerita tu best, sebab tajuk dia! *apa kejadah kau zue? hahaa*
sesetan manakah Kasha? itu yang aku nak tahu.dahlah tak menyempat nak baca novel tu.
tapi.pergi tengok dua kali pun.tak meleleh lagi oi.cerita ni lebih susah nak nangis compare dengan Oprah Winfrey punya show.heheh.

okay.dah sampai part tuntas.aku rasa Farid Kamil sangat untung.
tak payah shake hand dengan Tok Kadi pun, boleh main aci redah peluk anak orang.
paling2 kurang pun 3 kali kot.
heh.tapi Farid bukan rugi apa pun.sikit pun value dia tak susut.kan? kan?
aset dia tak terjejas pun.hoho.

dan sekarang.aku rasa tertanya-tanya,
kenapa pengarah..penerbit..pelakon..semualah yang sekutu sekufu sewaktu seclan secrew dengan mereka,
sibuk-sibuk nak buat aksi tu, sedangkan bukan ada award pelakon pemeluk terbaik or filem paling banyak aksi peluk memeluk of the year pun kat Malaysia ni kan.

dah2.aku pklah sendiri!! hahaa. diri sendiri pun jalan senget lagi nak ajar orang berlari pulak kan.

bye!


selalu.. tak semestinya betul.
banyak.. tak semestinya lebih.





hahaa.apsal? lagu tak habis eyh? padan muka! >.<>
penchenta agung Filem Buatan Tempatan,


tag sab,husna,jim,shaza.farz.aku simpan dulu! hehe sorry guys.korang punya tag belum jadi pekasam lagi pun.xD

BEB-UKUR BINAAN-
11-KOLEJ KEDIAMAN KESEBELAS (UNGKU AZIZ)-UNIVERSITY MALAYA-

*bahahaaa.keji je.biar dorang google menda ni.untung2 aku dapat jumpa coursemate baru ke.wakakaa.*


Monday, June 14, 2010

walimatulurus.

in da name of Allah the most gracious and da most merciful

Lokasi : Bumi.

Jumaat malam Sabtu, 2100.

beberapa pergerakan manusia berjaya dikesan dalam radar.kedengaran seperti mereka cuba berkomunikasi antara satu sama lain.

"kalau macam ni lah.. berebut-rebut mak mertua nak buat calon menantu."

"mak rebutlah jugak."

"yang mana satu?"

"yang Syakir tu sebaya kita mak.Azhar tu, 21.diorang muda lagilah.yang Taufiq tu, best giler dengar dia bercakap.Miril tu pulak,gaya dia recite ayat Al-Quran tu dah macam ustaz dari Mesir.cool!"

"jap mak tengok ye."

"haa.mak pilihlah untuk kita."

pangg!

"belajar pun tak habis lagi dah gatal nak menikah.diri sendiri tu, perlu diperbaiki dulu.belajar tinggi Kalimanjaro pun, ilmu dapur kena kasi dapat PhD gak. marriage is not only about love.it's about responsibility and protection."


trettt. trettt. sebarang pergerakan di radar gagal dikesan.

-not based on true story.fantasi tahap petala kelapan.tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.hoho-

MORAL : tengok Imam Muda bukan untuk tengok ustaz, tapi ambil ilmu dunia dan akhirat. =]


macam member gua cakap,
kitaorang hanya mampu jadi makmum muda je.


Women impure for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)

surah An-Nur verse 26.




yang bukan pengantin,



-alhamdulillah IM Taufik dah selamat bertemu jodoh.hoho-
-keep praying for Palestin-
-go England!!-
-lagenda budak setan best.nak pergi tgk lagi sekali,
sebab haritu tengok tak ada feeling.tak sempat nangis.hahaa.-

Tuesday, May 18, 2010

gelombang kedua.sila percaya!

in the name of Allah the most gracious and the most merciful.


AWAS!


Gelombang kedua virus Malasuenza!


Orang ramai diminta berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan dengan berjumpa doktor pakar dan meminta bekalan vitamin M.


bye!



"role number 1 in behavioral science is to never assume!"


-sumpah malas nk update blog.idea ada tapi,tak tertaip.setakat update dalam medulla oblongata je.hahaa.codo! sab, ko punya tag aku postpone eyh-

-result dah keluar..result dah keluar..result dah keluar!!!*with echoing effects* tapi course aku punya belum lagi.kena tunggu abang posmen.jadi aku rasa aku patut menetap dalam mailbox tu buat sementara waktu ni.-

-siapa tolong doakan untuk result aku, nanti aku cakap i love you! -


penternak lemak masa kini,



apa2 hal.jumpa di fb.fs dan blog satu lagi =D
sorry,blogwalking pun dah jarang.

Tuesday, April 27, 2010

tell me how to spell angan-angan?

in da name of Allah da most gracious and da most merciful

adrenalin mengalir overdose.natijahnya terasa nak update blog. alhamdulillah.akhirnya,harapan terlaksana.cuti tiga bulan, tak akan dipersia-siakan.nampaknya lepas ni, aku kena tinggalkan perusahaan tanaman anggur dan ternakan lemak yang hampir nak menjadi.

kerja yang aku dapat ni, lebih menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi,kata orang, hidup biar ada perancangan.aku rasa aku dah tahu apa aku nak buat dengan duit gaji nanti.mula-mula, hantar mak dengan abah pergi Makkah.lepas tu, beli kereta, senang sikit nak merempit malam-malam nanti, dah tak payah sewa kereta atau modify BMX aku tu jadi kereta roda tiga lagi.

aku yakin dan pasti.mesti ada banyak lagi duit lebihan gaji.yelaa, aku kan masih single.jadi, kurang tanggungan.hoho.duit gaji tu juga nanti, aku nak beli macam-macam benda untuk keluarga dan rakan taulan.yeah!! seronok bila semua orang gembira kan?

haa.lepastu, aku akan pastikan, aku tak lupa untuk beri pada mereka yang memerlukan.nak jadi macam Oprah.coolio! bagi kat rumah orang-orang tua sikit, anak-anak yatim, lepas tu, saudara kat Palestin sikit dan siapa-siapa jelaa.then, duit tu juga, akan digunakan sebagai modal untuk bukak bisnes baru dan labur saham.mungkin, aku juga akan tubuhkan yayasan untuk bantu rakyat Malaysia.Yayasan Puthang, sedap kan nama tu? harapnya semua ini akan jadi kenyataan. =]



arrggghhh.okay.ini sudah melampau!! *dengan nada Doraemon*

sebenarnya, aku tak dapat pun kerja tu.kerja apa? pembantu kat kedai buku jaa.diorang tak nak ambil part timer macam aku ni.sampai hati kan?? T-T sekarang.aku nak pergi cari kerja lain.offer untuk jadi maid untuk keluarga Melayu kat United Kingdom tu macam menarik je.hehe.takpun, aku terima je offer jadi cikgu tuisyen plus pembantu rumah sendiri daripada bapak aku tu.package tu weyh! dah2.enough.mat jenin pun tak macam aku.


Tapi, at least, aku bermotibasi bermotivasi kan?? kan??

ahahaa.

*kejap guna aku, kejap guna wa.nantikan penggunaan i..u.. ana.. enti.. laling dan sayang pada next entry.*
-sumpah macam lalang aku ni-
*TERIMA KASIH banyak-banyak kepada kau orang yang jadi doctor dan nurse aku kat uia hari itu.heart u so much! anda tahu siapa anda kan? sumpah aku terharu.sorry sebab kacau korang study MUET.ngee. may Allah bless u, ma frens.*
*dah mula rindu sama alam bina*





*motif gambar diupload gagal dikenalpasti.barangkali supaya boss syarikat-syarikat besar di negara ini seperti Kedai Basikal Ah Chong dan Bengkel Pak Ali akan mengusha gambar aku dan seterusnya menjadikan aku duta syarikat mereka.HAHA*



"All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us.If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away"


Y.A.B penganggur sepenuh masa,


Wednesday, April 14, 2010

dear kawan cari gaduh.

in da name of Allah da most gracious and da most merciful


14 april 2010, officially, the end of pasum for alam bina. =]
cek nak cakap sikit je ni,


sikit je.

kalau lepas ni, kau lupa(dengan sengaja) bawak x-ray report untuk pendaftaran,

kalau lepas ni, kau pergi solat berjemaah kat surau floor 4 tu lagi,

kalau lepas ni, kau makan maggi 2-3 packet sekali masak,


kalau lepas ni, kau ym dengan classmate yang belum sempat kenal,

kalau lepas ni, kau bertembung dengan coursemate depan pintu bilik tapi masih tak kenal even dah dekat dua bulan,

kalau lepas ni, kau jalan kaki meredah dekat 1 kilometer dengan portfolio bag yang berat,

kalau lepas ni, kau bertekak-tekak pasal hippo dan polar bear,


kalau lepas ni, kau main basketball pukul 2-3 pagi,


kalau lepas ni, kau melalak nyanyi lagu Situasi, sambil record dan dengar balik suara sendiri dekat tengah2 court tengah-tengah malam,


kalau lepas ni, kau berebut taxi nak pergi lecture yang memang dah lambat satu jam,

kalau lepas ni, kau order McD tengah-tengah malam buta sebab perut dah kebulur nak mati,


kalau lepas ni, kau pulun buat beg dua tiga kali ganda besar sambil mata macam garfield,


kalau lepas ni, kau celebrate bufday, tapi actually tak sempat nak kenal pun dengan siapa2 yang ada masa tu,


kalau lepas ni, kau main campak-campak dalam tasik lagi,

kalau lepas ni, kau balik mid valley pukul 2-3 pagi*kantoi di situ.heheh.*

kalau lepas ni, kau lepak tasik tengah malam ramai-ramai sambil layan gitar,


kalau lepas ni, kau main truth or dare dengan orang yang tak sempat kau kenal,

kalau lepas ni, kau bergambar tengah padang macam model CLEO,


kalau lepas ni, kau main kat playground kfc dengan tak sedar diri dah tua,

kalau lepas ni, kau belajar english dengan Mr Govindan lagi,


kalau lepas ni, kau buat assignment last-last minute sambil mulut mengomel2 menyesal,

kalau lepas ni, kau naik bas um yang agak tak berapa nak kondusif tu
*bukan semua ye.bas yg terpilih je.haha*,


kalau lepas ni, kau buat project drafting ramai-ramai dekat cafe pagi-pagi buta,


kalau lepas ni, ada kawan kau mintak jasa baik bawak pergi ikea atau mana-mana ceruk alam,


kalau lepas ni, kau main berbalas-balas pantun kat fb,

kalau lepas ni, kau tidur sambil rasa macam kena tumbuk,

kalau lepas ni, kau ym malam-malam sambil diiringi audibles mei ling, mei ling .. atau thank you my dear monica,


kalau lepas ni, kau jalan-jalan kat ts untuk cari baju untuk dinner,

kalau lepas ni, kau berusaha booking meja sebelah-menyebelah masa annual dinner dengan member2 kau,


kalau lepas ni, kau main bowling asyik masuk longkang,

kalau lepas ni, kau lepak-lepak kat arked main tak henti-henti untuk score highest point,

kalau lepas ni, kau bantai main twister ramai-ramai dekat balkoni,

kalau lepas ni, kau makan keropok lekor sos tak sedap ramai-ramai masa minum petang,


kalau lepas ni, kau fb-ing sambil usha ranking top follower,

kalau lepas ni, kau jumpa gang nk bertekak pasal MU-chelsea,

kalau lepas ni, kau berjaya naik taxi 5 orang lagi,


kalau lepas ni, kau join program jom jimat,

kalau lepas ni, kau jumpa abuya, sista, abang long dan mummy baru, kalau lepas ni,

kau lepak makan kat 11th,


kalau lepas ni, kau jadi PP,

kalau lepas ni, perut ko dah tak boncet lagi,

kalau lepas ni, kau update blog pasal alam bina lagi,

aku harapkan satu je,


aku harap kau tak lupa aku!


codo.apa kejadahnya??

*belajar dengan Govindan pun nak ingat aku.ahaha*

sebenarnya, nak cakap, aku yang akan ingat kau orang. =]
thanks a lot for every single thing!

"dalam Islam tiada kalau.
Everything is fated, only interchanged by God's will, effort and doa"

-Bro Hairi,Versus,Hlovate-

jadi, sila repeat baca semula post ini dengan menggunakan ayat,

andai takdirnya..



muahahahahahahahaahahahaa.

kan aku dah beritahu tadi, sikit je pun kot aku tulis.


*baru nak start blogging balik.sebab,aku bakal jadi penganggur terhormat.siapa ada kerja kosong?? jadi bini sementara ke? menantu sepenuh masa ke?*
*banner BTF dah kena bawak turun eyh? aku pun segan sebenarnya nak tayang.heheh.*
*mungkin ada yang berubah kot lepas ni, changing for good ain't a crime, fella!*
*sorry for everysinglething.0-0.jumpa lagi, for the next two or three months,everything is under God's will rite? *
yang baik hati lagi berdedikasi, puthang.



Tuesday, April 6, 2010

getting famous in a few days? xD



kalau lu orang mencarut-carut maki si rafiqin tu,

hurm, wa takut lu orang pun tak memasal 2 x 5 dengan dia.

siapa tak marah bai,
bila ada yang buat kurang ajar macam tu.

tapi, lu orang cakap carut-carut ni,
boleh solve ke problem?

api vs api = makin membara der.

kalau kita tak kawal kemarahan,
kita kawan dengan syaitan.

jangan timbulkan fitnah buat Islam.
nabi tak pernah ajar kita maki-maki macam tu.

doa moga si rafiqin dan kita sama-sama diberi hidayahNya.

*budak muda lagi.mentah.fikiran cetek.belajar pasal kehidupan pun tak sampai dua chapter lagi.mungkin kita patut beri dia peluang.kita tak ada kuasa untuk menghukum.*

*istighfar banyak-banyak*

-------------------------------

alamak.tak pasal-pasal dah update blog.heheh.
wa baru habis perang 1st day.
satu musuh = statistics and probability dah jadi loser!
wa, adalah kot cedera, luka-luka sikit. =p

esok nak battle dengan macroecons.
wish me luck.tq! may Allah bless u.

salam perjuangan,
jeneral hanglizue.


Wednesday, March 24, 2010

siti.situ.sana.sini.



in da name of Allah da most gracious and da most merciful



hye!

macam dah sepurnama tak update.

saya bakal update,

HANYA SELEPAS...

saya submit final project pada hari sabtu ini.
saya selesai final exam dua minggu lagi.

*wish me luck.tq! =]*



bye!

saya gila? mungkin,siapa tahu? HAHA.

saya bakal rindu miss anum dan mereka.


saya selalu rindu mereka.hoi,jangan lupa beli VERSUS-hlovate! coolio!


salam sayang,

homosapien serabut alam.


Sign by Danasoft - Get Your Sign