MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Tuesday, April 27, 2010

tell me how to spell angan-angan?

in da name of Allah da most gracious and da most merciful

adrenalin mengalir overdose.natijahnya terasa nak update blog. alhamdulillah.akhirnya,harapan terlaksana.cuti tiga bulan, tak akan dipersia-siakan.nampaknya lepas ni, aku kena tinggalkan perusahaan tanaman anggur dan ternakan lemak yang hampir nak menjadi.

kerja yang aku dapat ni, lebih menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi,kata orang, hidup biar ada perancangan.aku rasa aku dah tahu apa aku nak buat dengan duit gaji nanti.mula-mula, hantar mak dengan abah pergi Makkah.lepas tu, beli kereta, senang sikit nak merempit malam-malam nanti, dah tak payah sewa kereta atau modify BMX aku tu jadi kereta roda tiga lagi.

aku yakin dan pasti.mesti ada banyak lagi duit lebihan gaji.yelaa, aku kan masih single.jadi, kurang tanggungan.hoho.duit gaji tu juga nanti, aku nak beli macam-macam benda untuk keluarga dan rakan taulan.yeah!! seronok bila semua orang gembira kan?

haa.lepastu, aku akan pastikan, aku tak lupa untuk beri pada mereka yang memerlukan.nak jadi macam Oprah.coolio! bagi kat rumah orang-orang tua sikit, anak-anak yatim, lepas tu, saudara kat Palestin sikit dan siapa-siapa jelaa.then, duit tu juga, akan digunakan sebagai modal untuk bukak bisnes baru dan labur saham.mungkin, aku juga akan tubuhkan yayasan untuk bantu rakyat Malaysia.Yayasan Puthang, sedap kan nama tu? harapnya semua ini akan jadi kenyataan. =]



arrggghhh.okay.ini sudah melampau!! *dengan nada Doraemon*

sebenarnya, aku tak dapat pun kerja tu.kerja apa? pembantu kat kedai buku jaa.diorang tak nak ambil part timer macam aku ni.sampai hati kan?? T-T sekarang.aku nak pergi cari kerja lain.offer untuk jadi maid untuk keluarga Melayu kat United Kingdom tu macam menarik je.hehe.takpun, aku terima je offer jadi cikgu tuisyen plus pembantu rumah sendiri daripada bapak aku tu.package tu weyh! dah2.enough.mat jenin pun tak macam aku.


Tapi, at least, aku bermotibasi bermotivasi kan?? kan??

ahahaa.

*kejap guna aku, kejap guna wa.nantikan penggunaan i..u.. ana.. enti.. laling dan sayang pada next entry.*
-sumpah macam lalang aku ni-
*TERIMA KASIH banyak-banyak kepada kau orang yang jadi doctor dan nurse aku kat uia hari itu.heart u so much! anda tahu siapa anda kan? sumpah aku terharu.sorry sebab kacau korang study MUET.ngee. may Allah bless u, ma frens.*
*dah mula rindu sama alam bina*





*motif gambar diupload gagal dikenalpasti.barangkali supaya boss syarikat-syarikat besar di negara ini seperti Kedai Basikal Ah Chong dan Bengkel Pak Ali akan mengusha gambar aku dan seterusnya menjadikan aku duta syarikat mereka.HAHA*



"All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us.If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away"


Y.A.B penganggur sepenuh masa,


Wednesday, April 14, 2010

dear kawan cari gaduh.

in da name of Allah da most gracious and da most merciful


14 april 2010, officially, the end of pasum for alam bina. =]
cek nak cakap sikit je ni,


sikit je.

kalau lepas ni, kau lupa(dengan sengaja) bawak x-ray report untuk pendaftaran,

kalau lepas ni, kau pergi solat berjemaah kat surau floor 4 tu lagi,

kalau lepas ni, kau makan maggi 2-3 packet sekali masak,


kalau lepas ni, kau ym dengan classmate yang belum sempat kenal,

kalau lepas ni, kau bertembung dengan coursemate depan pintu bilik tapi masih tak kenal even dah dekat dua bulan,

kalau lepas ni, kau jalan kaki meredah dekat 1 kilometer dengan portfolio bag yang berat,

kalau lepas ni, kau bertekak-tekak pasal hippo dan polar bear,


kalau lepas ni, kau main basketball pukul 2-3 pagi,


kalau lepas ni, kau melalak nyanyi lagu Situasi, sambil record dan dengar balik suara sendiri dekat tengah2 court tengah-tengah malam,


kalau lepas ni, kau berebut taxi nak pergi lecture yang memang dah lambat satu jam,

kalau lepas ni, kau order McD tengah-tengah malam buta sebab perut dah kebulur nak mati,


kalau lepas ni, kau pulun buat beg dua tiga kali ganda besar sambil mata macam garfield,


kalau lepas ni, kau celebrate bufday, tapi actually tak sempat nak kenal pun dengan siapa2 yang ada masa tu,


kalau lepas ni, kau main campak-campak dalam tasik lagi,

kalau lepas ni, kau balik mid valley pukul 2-3 pagi*kantoi di situ.heheh.*

kalau lepas ni, kau lepak tasik tengah malam ramai-ramai sambil layan gitar,


kalau lepas ni, kau main truth or dare dengan orang yang tak sempat kau kenal,

kalau lepas ni, kau bergambar tengah padang macam model CLEO,


kalau lepas ni, kau main kat playground kfc dengan tak sedar diri dah tua,

kalau lepas ni, kau belajar english dengan Mr Govindan lagi,


kalau lepas ni, kau buat assignment last-last minute sambil mulut mengomel2 menyesal,

kalau lepas ni, kau naik bas um yang agak tak berapa nak kondusif tu
*bukan semua ye.bas yg terpilih je.haha*,


kalau lepas ni, kau buat project drafting ramai-ramai dekat cafe pagi-pagi buta,


kalau lepas ni, ada kawan kau mintak jasa baik bawak pergi ikea atau mana-mana ceruk alam,


kalau lepas ni, kau main berbalas-balas pantun kat fb,

kalau lepas ni, kau tidur sambil rasa macam kena tumbuk,

kalau lepas ni, kau ym malam-malam sambil diiringi audibles mei ling, mei ling .. atau thank you my dear monica,


kalau lepas ni, kau jalan-jalan kat ts untuk cari baju untuk dinner,

kalau lepas ni, kau berusaha booking meja sebelah-menyebelah masa annual dinner dengan member2 kau,


kalau lepas ni, kau main bowling asyik masuk longkang,

kalau lepas ni, kau lepak-lepak kat arked main tak henti-henti untuk score highest point,

kalau lepas ni, kau bantai main twister ramai-ramai dekat balkoni,

kalau lepas ni, kau makan keropok lekor sos tak sedap ramai-ramai masa minum petang,


kalau lepas ni, kau fb-ing sambil usha ranking top follower,

kalau lepas ni, kau jumpa gang nk bertekak pasal MU-chelsea,

kalau lepas ni, kau berjaya naik taxi 5 orang lagi,


kalau lepas ni, kau join program jom jimat,

kalau lepas ni, kau jumpa abuya, sista, abang long dan mummy baru, kalau lepas ni,

kau lepak makan kat 11th,


kalau lepas ni, kau jadi PP,

kalau lepas ni, perut ko dah tak boncet lagi,

kalau lepas ni, kau update blog pasal alam bina lagi,

aku harapkan satu je,


aku harap kau tak lupa aku!


codo.apa kejadahnya??

*belajar dengan Govindan pun nak ingat aku.ahaha*

sebenarnya, nak cakap, aku yang akan ingat kau orang. =]
thanks a lot for every single thing!

"dalam Islam tiada kalau.
Everything is fated, only interchanged by God's will, effort and doa"

-Bro Hairi,Versus,Hlovate-

jadi, sila repeat baca semula post ini dengan menggunakan ayat,

andai takdirnya..



muahahahahahahahaahahahaa.

kan aku dah beritahu tadi, sikit je pun kot aku tulis.


*baru nak start blogging balik.sebab,aku bakal jadi penganggur terhormat.siapa ada kerja kosong?? jadi bini sementara ke? menantu sepenuh masa ke?*
*banner BTF dah kena bawak turun eyh? aku pun segan sebenarnya nak tayang.heheh.*
*mungkin ada yang berubah kot lepas ni, changing for good ain't a crime, fella!*
*sorry for everysinglething.0-0.jumpa lagi, for the next two or three months,everything is under God's will rite? *
yang baik hati lagi berdedikasi, puthang.



Tuesday, April 6, 2010

getting famous in a few days? xD



kalau lu orang mencarut-carut maki si rafiqin tu,

hurm, wa takut lu orang pun tak memasal 2 x 5 dengan dia.

siapa tak marah bai,
bila ada yang buat kurang ajar macam tu.

tapi, lu orang cakap carut-carut ni,
boleh solve ke problem?

api vs api = makin membara der.

kalau kita tak kawal kemarahan,
kita kawan dengan syaitan.

jangan timbulkan fitnah buat Islam.
nabi tak pernah ajar kita maki-maki macam tu.

doa moga si rafiqin dan kita sama-sama diberi hidayahNya.

*budak muda lagi.mentah.fikiran cetek.belajar pasal kehidupan pun tak sampai dua chapter lagi.mungkin kita patut beri dia peluang.kita tak ada kuasa untuk menghukum.*

*istighfar banyak-banyak*

-------------------------------

alamak.tak pasal-pasal dah update blog.heheh.
wa baru habis perang 1st day.
satu musuh = statistics and probability dah jadi loser!
wa, adalah kot cedera, luka-luka sikit. =p

esok nak battle dengan macroecons.
wish me luck.tq! may Allah bless u.

salam perjuangan,
jeneral hanglizue.


Sign by Danasoft - Get Your Sign