MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Saturday, July 2, 2011

gua ingat nak tukar kerjaya lah lepas ni. bukak bakery ke apa patut kan. [updated version]



in da name of Allah da most gracious and da most merciful


strawberry cheesecake


saja nak berlagak dengan lu orang.
percubaan pertama gua buat cheese cake dah berjaya!


amacam.
agak-agak kalau masuk rancangan gadis melayu or top chef boleh menang tak?

kehkehkeh.








=___________________='


nak resepi?


selamat mencuba! :)

UPDATED :

takpelah. gua kasi letak terus kat sini kay? :)

Bahan-bahan :

250gm cream cheese (philadelphia)
---> gua guna natural sour cream jenama Sunglo, murah sikit plus cam dah confirm ada tanda halal jakim kat situ. tapi yg tu just ada 210gm je, but still, okay je tu :)

200 ml plain yogurt (kalau perisa lain warna jadi lain)
---> perisa lain, warna lain, rasa pun lainlah. gua letak 1 cup yogurt nestle perisa strawberry campur sikit dua sudu besar yogurt perisa asli. yg ni cam terpulang kat lu orang sebenarnya.

3cb tepung gandum/superfine.
---> cb = camca besar

2biji telur
---> gua letak tiga. kehkeh

90gm gula
---> gua letak satu cawan gula halus yg dah diblend.

Topping : pati blueberry atau (sesuka hati je nak letak apa) - senang cite ikut lah korg letak yogurt perisa apa.

Bahan bahan untuk kerak/crust:
1 cawan Biskut tiger/biskut marie diblend kasar sebanyak.
3cb mentega dimasak cair.

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar.
2. Pukul cream cheese (pada suhu bilik) dan plain yogurt sampai gebu.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas lain. campurkan dalam bekas cream cheese dan yogurt tadi.
4. Campur tepung gandum, kacau dan tuang dalam loyang berisi crust/kerak. Bakar.

Cara buat kerak/crust:
Masak mentega dan sejukkan, gaul hingga boleh kepal dengan serbuk biskut tiger tadi.
Tekan dalam loyang untuk jadikan lapisan nipis keraknya.

---> gua suggest lu orang siapkan crust ni dulu. then bila dh, sejukkan dalam peti ais for about 5 - 10 minutes, sambil tu korang boleh buat yg cheese atas tu.

Cara bakar:
Letak loyang berisi adunan kek didalam bekas 1 lagi berisi air.
Bakar antara 40-50minit.
Selepas 30minit, tutup permukaan atas kek dengan foil aluminium utuk elakkan merekah.
---> gua bungkus dah siap-siap dgn aluminium foil tu since awal-awal.

Tip: kek ini jenis lembut dan perlu dibakar dengan cara di atas supaya suhu sekata dan tidak mudah hangit.

PESANAN PENAJA = adunan kat atas ni sesuai if lu orang guna loyang size kecik je, sebab adunan nya sikit. so kalau nak lg byk, double the ingredients kay.

rasanya total cost tak sampai dua puluh ringgit matawang malaysia pun. depends either barang - barang tu dah ada kat rumah lu orang ke tak. kalau beli kat kedai resepi rahsia dah tujuh puluh ringgit malaysia kot, tapi kalau buat sendiri?

jimat dan berbaloi-baloi!


huh. tak memasal melecur tangan nak buat cake punya pasal. plus, thnx to Him, rumah tak meletop malam tadi sebab salah pasang plug. nak on plug oven, ter-on plug pembakar roti.nak dekat sejam jugaklah ter-pasang. patutlah cake dalam oven tak masak - masak :3


tak guna betul. tajuk entry nak berangan je!



8 comments:

oranglidi said...

pehh! nmpak sedap.. rasa dia cm sikret respi x?? heheee

ReEfHoNeY said...

sumpah terliur kot! sampai rase terbau2 cheese cake pulak. weh! kt resipi dy bg tu, cb tu ape? (soalan pempuan xpenah buat kek) hahahaha

-li.zue- said...

lelidi.

heh.dah nama secret.mana boleh bgtaw. hahah

hmm.almost there, tp tak naik level secret lg aku punya, 88% ada kot. ;p

try lah buat baru taw! :)

reep.

ohh tu maksudnya camca besar.

haa.aku dh bgtaw, maka, bila dh siap pos ke rumah aku sikit kay!

nway.yogurt tu ko nak guna apa2 rasa pun boleh.

gula tu plak, nk sng, letak 1 cawan.

guna loyang kecik je beb, sbb adunan ni sikit je.huhu

aku tutup dgn aluminum foil tu awal2 lg. :)

oranglidi said...

88% tu dah dapat A dahhh. hehe. kira sdap ni!

aku nak wt tapi takde bahan sangat.. nanti la ak wat len hari, hehehe. dhla oven pun tarakk hahaa.

memang jimat a wat sndiri kalu cmni kan.. hm.

hafizmohamad said...

wah ayu jugak kau ni rupanyaa/pandai anak mak sorang ni masuk dapurrr.hahahahhaha:D

-li.zue- said...

lelidi.

oven takde?
aku tgk kat backyards science kt tviq,
if takde oeven diorg bakar kat bwh matahari je. hahah

trylah buat wei.
cost, 1 cake secret = 3 cake buat sendiri.

beego.

ayu is my middle name kot.
takkan tak tahu kot?

sia-sia ko kawan dgn aku. hahahaha

hanie said...

juling mata nak bace resipi. hehe

*salam kenal*

-li.zue- said...

hye hanie! :)

ampun seribu kali ampun.tu dh tuka dh font.dh ramai gak tego.kehkeh

tapi.tahu.font baru ni pun xcukup clear lg ni.tak jumpa yg berkenan.

Sign by Danasoft - Get Your Sign