MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Saturday, June 19, 2010

korang rasa korang tahu apa yang aku nak tahu?

in da name of Allah the most gracious and da most merciful

bila cinta ini,
tak lagi bermakna,
yang kurasa kini,
hanyalah nestapa,
meninggalkan cinta..masa lalu.

"bapak aku cakap, lelaki sejati adalah lelaki yang mempertahankan cinta dia."
"tapi bapak aku cakap,tak payah dengar cakap bapak kau."
argh.sudah.aku ingatkan makhluk mana yang main bisik2 sebelah telinga aku.boleh collapse jantung wa cakap lu.
perlahan2, aku pusing kanan.tawakal jelaa.mana taw panggung tu berhantu.maw aku call The Seekers time tu jugak.
last2.rupanya si Lanun Dayah..isk.isk.isk.


HA HA HA.

termasuk rabu minggu lepas, dah dua kali aku pergi tengok LBS. cuma beza latitude and longitude pawagam je.1st kat klcc with Farz+Ipah,and last week kat OU with Farell+Dayah+adeq aku yg kenit itu.

serius aku suka cerita tu.argh.tak kisahlah kau orang nak play tikam-tikam tounge dgn aku ke, ala2 macam Pahlawan pedang Dinasti Chou dulu pun,aku tetap kata cerita tu best!

cerita tu best, sebab tajuk dia! *apa kejadah kau zue? hahaa*
sesetan manakah Kasha? itu yang aku nak tahu.dahlah tak menyempat nak baca novel tu.
tapi.pergi tengok dua kali pun.tak meleleh lagi oi.cerita ni lebih susah nak nangis compare dengan Oprah Winfrey punya show.heheh.

okay.dah sampai part tuntas.aku rasa Farid Kamil sangat untung.
tak payah shake hand dengan Tok Kadi pun, boleh main aci redah peluk anak orang.
paling2 kurang pun 3 kali kot.
heh.tapi Farid bukan rugi apa pun.sikit pun value dia tak susut.kan? kan?
aset dia tak terjejas pun.hoho.

dan sekarang.aku rasa tertanya-tanya,
kenapa pengarah..penerbit..pelakon..semualah yang sekutu sekufu sewaktu seclan secrew dengan mereka,
sibuk-sibuk nak buat aksi tu, sedangkan bukan ada award pelakon pemeluk terbaik or filem paling banyak aksi peluk memeluk of the year pun kat Malaysia ni kan.

dah2.aku pklah sendiri!! hahaa. diri sendiri pun jalan senget lagi nak ajar orang berlari pulak kan.

bye!


selalu.. tak semestinya betul.
banyak.. tak semestinya lebih.





hahaa.apsal? lagu tak habis eyh? padan muka! >.<>
penchenta agung Filem Buatan Tempatan,


tag sab,husna,jim,shaza.farz.aku simpan dulu! hehe sorry guys.korang punya tag belum jadi pekasam lagi pun.xD

BEB-UKUR BINAAN-
11-KOLEJ KEDIAMAN KESEBELAS (UNGKU AZIZ)-UNIVERSITY MALAYA-

*bahahaaa.keji je.biar dorang google menda ni.untung2 aku dapat jumpa coursemate baru ke.wakakaa.*


Monday, June 14, 2010

walimatulurus.

in da name of Allah the most gracious and da most merciful

Lokasi : Bumi.

Jumaat malam Sabtu, 2100.

beberapa pergerakan manusia berjaya dikesan dalam radar.kedengaran seperti mereka cuba berkomunikasi antara satu sama lain.

"kalau macam ni lah.. berebut-rebut mak mertua nak buat calon menantu."

"mak rebutlah jugak."

"yang mana satu?"

"yang Syakir tu sebaya kita mak.Azhar tu, 21.diorang muda lagilah.yang Taufiq tu, best giler dengar dia bercakap.Miril tu pulak,gaya dia recite ayat Al-Quran tu dah macam ustaz dari Mesir.cool!"

"jap mak tengok ye."

"haa.mak pilihlah untuk kita."

pangg!

"belajar pun tak habis lagi dah gatal nak menikah.diri sendiri tu, perlu diperbaiki dulu.belajar tinggi Kalimanjaro pun, ilmu dapur kena kasi dapat PhD gak. marriage is not only about love.it's about responsibility and protection."


trettt. trettt. sebarang pergerakan di radar gagal dikesan.

-not based on true story.fantasi tahap petala kelapan.tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.hoho-

MORAL : tengok Imam Muda bukan untuk tengok ustaz, tapi ambil ilmu dunia dan akhirat. =]


macam member gua cakap,
kitaorang hanya mampu jadi makmum muda je.


Women impure for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)

surah An-Nur verse 26.




yang bukan pengantin,



-alhamdulillah IM Taufik dah selamat bertemu jodoh.hoho-
-keep praying for Palestin-
-go England!!-
-lagenda budak setan best.nak pergi tgk lagi sekali,
sebab haritu tengok tak ada feeling.tak sempat nangis.hahaa.-

Sign by Danasoft - Get Your Sign