in da name of Allah da most gracious and da most merciful
adrenalin mengalir overdose.natijahnya terasa nak update blog. alhamdulillah.akhirnya,harapan terlaksana.cuti tiga bulan, tak akan dipersia-siakan.nampaknya lepas ni, aku kena tinggalkan perusahaan tanaman anggur dan ternakan lemak yang hampir nak menjadi.
kerja yang aku dapat ni, lebih menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi,kata orang, hidup biar ada perancangan.aku rasa aku dah tahu apa aku nak buat dengan duit gaji nanti.mula-mula, hantar mak dengan abah pergi Makkah.lepas tu, beli kereta, senang sikit nak merempit malam-malam nanti, dah tak payah sewa kereta atau modify BMX aku tu jadi kereta roda tiga lagi.
aku yakin dan pasti.mesti ada banyak lagi duit lebihan gaji.yelaa, aku kan masih single.jadi, kurang tanggungan.hoho.duit gaji tu juga nanti, aku nak beli macam-macam benda untuk keluarga dan rakan taulan.yeah!! seronok bila semua orang gembira kan?
haa.lepastu, aku akan pastikan, aku tak lupa untuk beri pada mereka yang memerlukan.nak jadi macam Oprah.coolio! bagi kat rumah orang-orang tua sikit, anak-anak yatim, lepas tu, saudara kat Palestin sikit dan siapa-siapa jelaa.then, duit tu juga, akan digunakan sebagai modal untuk bukak bisnes baru dan labur saham.mungkin, aku juga akan tubuhkan yayasan untuk bantu rakyat Malaysia.Yayasan Puthang, sedap kan nama tu? harapnya semua ini akan jadi kenyataan. =]
arrggghhh.okay.ini sudah melampau!! *dengan nada Doraemon*
sebenarnya, aku tak dapat pun kerja tu.kerja apa? pembantu kat kedai buku jaa.diorang tak nak ambil part timer macam aku ni.sampai hati kan?? T-T sekarang.aku nak pergi cari kerja lain.offer untuk jadi maid untuk keluarga Melayu kat United Kingdom tu macam menarik je.hehe.takpun, aku terima je offer jadi cikgu tuisyen plus pembantu rumah sendiri daripada bapak aku tu.package tu weyh! dah2.enough.mat jenin pun tak macam aku.
Tapi, at least, aku
ahahaa.
*kejap guna aku, kejap guna wa.nantikan penggunaan i..u.. ana.. enti.. laling dan sayang pada next entry.*
-sumpah macam lalang aku ni-
*TERIMA KASIH banyak-banyak kepada kau orang yang jadi doctor dan nurse aku kat uia hari itu.heart u so much! anda tahu siapa anda kan? sumpah aku terharu.sorry sebab kacau korang study MUET.ngee. may Allah bless u, ma frens.*
*dah mula rindu sama alam bina*

*motif gambar diupload gagal dikenalpasti.barangkali supaya boss syarikat-syarikat besar di negara ini seperti Kedai Basikal Ah Chong dan Bengkel Pak Ali akan mengusha gambar aku dan seterusnya menjadikan aku duta syarikat mereka.HAHA*