MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Thursday, July 28, 2011

nak anak macam ni boleh?



in da name of Allah da most gracious and da most merciful

tadi godek-godek Wardina Saffiyah Official Page, pastu jumpa gambar ni.


note ni anak kak Dina yang tulis. boleh bukak kat sini, link
hamboii. kecik-kecik dah sweet kan?

oh Tuhan. saya mahu anak begini juga satu hari nanti. mueheheh




cess. mentang-mentang jadi babysitter cuti-cuti cenggini. naluri keibuan gua dah makin terserlah.

Saturday, July 23, 2011

ramadhan tujuh tahun dulu datang lagi tahun ini


in da name of Allah da most gracious and da most merciful


nampak tak berapa ramai yang like? *batak*

"alhamdulillah. jutaan terima kasih kepada ibubapa, ahli keluarga, rakan-rakan, majikan saya Mark Zuck-taktahuejamalasnakgoogle, fans terutamanya "kelab peminat hanglizue gorgeous" and all da supporters yang sudi memberikan sokongan padu tidak henti-henti sehingga saya berjaya ke tahap ini. saya sedar, tanpa sokongan anda semua, siapalah saya di arena mukabuku pada hari ini. akhir kata, usaha itu tangga kejayaan, tiada tangga, gunalah elevator! love u alls. u guys are awesome!"

oh.maaflah.sedikit banyak exaggerate di situ. takpelah. it's a beautiful nite. and im looking for something dumb to do~~

cut the craps please. ;p
okaylah. aku rasa Ramadhan tahun ni lain. lagi bermakna. sebab boleh puasa kat rumah for the whole month. :) and see, ramai yang agree pasal ni. *okay. aku tak expect lah kan ramai orang rasa benda yang sama jugak. hehe ni sebenarnya purpose kenapa aku tempek gambar atas tu kat sini.bukan nak show off okayy. tee hee

which means, keputusan untuk bagi budak-budak u cuti sama macam summer holidays pada tahun ni adalah amat berbaloi-baloi ye tuan" dan puan". YES, penantian itu satu penyeksaan. hahaha tapi penantian after seven years berpuasa kat hostel could be considered as rahmat tuhan yang membahagiakan :'3 *7 years for me. others maybe more than that.

alhamdulillah. stop kejap makan nasi kawah. tahun ni dah tak payah berebut or pening kepala nak fikir berbuka nak makan apa. takyah buat drama sedih tiap-tiap pagi dengan rumate, sahur minum air mineral dengan makan kurma je. >.< lepas ni tak complain dah kalau kena puasa kat hostel sebab tinggal a few years je lagi nak stay hostel. mueheheh


klik untuk tumbesaran sempurna

rindu suasana nak puasa dengan family macam tujuh tahun yang dulu. but for sure lah, there'll be some differences kan? heyy reality check. tujuh tahun beb. kalau dulu kau besar kelingking je. sekarang dah besar tiang lampu. okay. takde kena mengena. hahah

still don't have any ideas apa nak buat bila puasa kat rumah? maybe, as a suggestion, kita boleh try buat apa yang diorang ni buat kot, contengan jalanan ramadhan, link.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan


countdown : 8 days left before Ramadhan.

puasa dah ganti? kehkeh

gonna work hard to make sure Ramadhan tahun ini penuh bermakna. :)



Wednesday, July 20, 2011

yang cabut nyawa itu Izrail


in da name of Allah da most gracious and da most merciful

pic ini untuk entry Wordless Wednesday. untuk Wednesday yang akan berakhir lagi dua minit ketika aku merapu dengan entry ini. kehkeh


N.Y.A.W.A
serius aku tak faham.
apa yang kau mahu dengan nyawanya?
mahu buat koleksi seperti dragon ball yang ada tujuh biji kesemuanya?
duhhh. tuhan juga sudah beri kau nyawa. dia bukan ada apa-apa. bukan ada harta yang boleh kau bawa pulang bahagikan sesama keluarga.
mati dalam masa 6-8 bulan? kau bahagia. dia derita. adil bukan?
ahh kau bukan siapa-siapa untuk menghukum dan tentukan hidup mati manusia.
mungkin kau lupa hakikat itu bukan?
manusia = insan, asalnya an-nisyan, pelupa.

dan kau pula. bukannya kau tak tahu. bukannya kau tak ingat.
sudah jutaan yang memberi nasihat. bukannya kami suruh kau bertapa di gunung daik bercabang tiga.
"dik, ingat pada Tuhan, rezeki tu bila-bila je Allah boleh tarik"
"nak, solat lima waktu jangan tinggal"
cuma buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.
nahhh, sekarang.lihat.apa yang sudah jadi kan?

sedih.tapi.ampun. kami tidak mampu pulang. :'3
hanya mampu mendoakan dari jauh.

tidak perlu aku bilang.
aku sayangkan kau.kami sayangkan kau.semua orang sayangkan kau.

"kawan baik pun tak boleh percaya sekarang ni."
sudah pernah terkena sekali. mungkin boleh ambil langkah berjaga-jaga lain kali.
tapi bukan semua kawan baik macam itu kan? :)

"O Allah! Send blessings on our leader Muhammad,
the medicine of hearts and their cure, the health of bodies and their healing, the light of eyes and their illumination, and upon his family, companions, and send peace."
translation of Selawat Syifa


dah tengok Ketika Cinta Bertasbih versi Ramadhan kat channel 141 pukul 10 malam sementara free?
mula-mula aku teruja.masuk episode ke-2 rasa macam nak hempuk tv dengan bantal.hempuk dengan kerusi karang, nak kena bayar ganti rugi.
karuutttttt habisan.banyak unsur tak logic.dah rasa macam tengok drama indon yang lain.tipikal.

"cerita ni memperbodohkan kita tahu tak?" kata abah.




Saturday, July 2, 2011

gua ingat nak tukar kerjaya lah lepas ni. bukak bakery ke apa patut kan. [updated version]



in da name of Allah da most gracious and da most merciful


strawberry cheesecake


saja nak berlagak dengan lu orang.
percubaan pertama gua buat cheese cake dah berjaya!


amacam.
agak-agak kalau masuk rancangan gadis melayu or top chef boleh menang tak?

kehkehkeh.








=___________________='


nak resepi?


selamat mencuba! :)

UPDATED :

takpelah. gua kasi letak terus kat sini kay? :)

Bahan-bahan :

250gm cream cheese (philadelphia)
---> gua guna natural sour cream jenama Sunglo, murah sikit plus cam dah confirm ada tanda halal jakim kat situ. tapi yg tu just ada 210gm je, but still, okay je tu :)

200 ml plain yogurt (kalau perisa lain warna jadi lain)
---> perisa lain, warna lain, rasa pun lainlah. gua letak 1 cup yogurt nestle perisa strawberry campur sikit dua sudu besar yogurt perisa asli. yg ni cam terpulang kat lu orang sebenarnya.

3cb tepung gandum/superfine.
---> cb = camca besar

2biji telur
---> gua letak tiga. kehkeh

90gm gula
---> gua letak satu cawan gula halus yg dah diblend.

Topping : pati blueberry atau (sesuka hati je nak letak apa) - senang cite ikut lah korg letak yogurt perisa apa.

Bahan bahan untuk kerak/crust:
1 cawan Biskut tiger/biskut marie diblend kasar sebanyak.
3cb mentega dimasak cair.

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar.
2. Pukul cream cheese (pada suhu bilik) dan plain yogurt sampai gebu.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas lain. campurkan dalam bekas cream cheese dan yogurt tadi.
4. Campur tepung gandum, kacau dan tuang dalam loyang berisi crust/kerak. Bakar.

Cara buat kerak/crust:
Masak mentega dan sejukkan, gaul hingga boleh kepal dengan serbuk biskut tiger tadi.
Tekan dalam loyang untuk jadikan lapisan nipis keraknya.

---> gua suggest lu orang siapkan crust ni dulu. then bila dh, sejukkan dalam peti ais for about 5 - 10 minutes, sambil tu korang boleh buat yg cheese atas tu.

Cara bakar:
Letak loyang berisi adunan kek didalam bekas 1 lagi berisi air.
Bakar antara 40-50minit.
Selepas 30minit, tutup permukaan atas kek dengan foil aluminium utuk elakkan merekah.
---> gua bungkus dah siap-siap dgn aluminium foil tu since awal-awal.

Tip: kek ini jenis lembut dan perlu dibakar dengan cara di atas supaya suhu sekata dan tidak mudah hangit.

PESANAN PENAJA = adunan kat atas ni sesuai if lu orang guna loyang size kecik je, sebab adunan nya sikit. so kalau nak lg byk, double the ingredients kay.

rasanya total cost tak sampai dua puluh ringgit matawang malaysia pun. depends either barang - barang tu dah ada kat rumah lu orang ke tak. kalau beli kat kedai resepi rahsia dah tujuh puluh ringgit malaysia kot, tapi kalau buat sendiri?

jimat dan berbaloi-baloi!


huh. tak memasal melecur tangan nak buat cake punya pasal. plus, thnx to Him, rumah tak meletop malam tadi sebab salah pasang plug. nak on plug oven, ter-on plug pembakar roti.nak dekat sejam jugaklah ter-pasang. patutlah cake dalam oven tak masak - masak :3


tak guna betul. tajuk entry nak berangan je!



Sign by Danasoft - Get Your Sign